MRSM Kubang Pasu

Keunggulan Peribadi Kecemerlangan Prestasi
Monday, 05:57AM, 23 April 2018
  • Laman Utama
  • Profil
  • |
  • Galeri
  • |
  • Borang
Selamat Datang, Pelawat Log Masuk
  • Laman Utama
  • KUPA
  • Kecemerlangan Akademik
  • Pembangunan Pelajar
  • Pembangunan Bakat
  • Fasiliti
Laman Utama > Profil
Profil
  • Peta & Pelan
  • Perutusan
  • Misi-Visi-Matlamat
  • Sejarah Penubuhan


Lokasi Maktab


Kalendar Akademik

Pendaftaran Penjaga

Keputusan Peperiksaan Semester

Profil

Peta & Pelan
02 February 2017 03:19 PM
admin

 


 

Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu terletak kira-kira 25 km dari Bandaraya Alor Star dan 15 km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star. Perjalanan dari Alor Star mengambil masa kira-kira 20 minit melalui Lebuhraya Utara Selatan. Maktab ini didirikan dikawasan yang tenang dan sesuai untuk iklim pembelajaran adalah strategik kerana terletak berhampiran dengan institusi-intitusi pengajian tinggi seperti Universiti Utara Malaysia, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Institut Latihan dan Perindustrian (ILP) Kolej Komuniti Jitra dan beberapa institut pengajian tinggi yang lain di sekitar Jitra, Kedah

Perutusan
02 February 2017 03:18 PM
admin

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu. Saya dengan rasa besar hati mengalu-alukan pandangan dan cadangan dari anda dalam memartabatkan program akademik di MRSM Kubang Pasu bagi mencapai kecemerlangan seterusnya menjadi antara MRSM terbaik seluruh negara samada dalam pencapaian akademik mahupun kokurikulum.

Dengan adanya laman web rasmi MRSM Kubang Pasu ini, diharapkan segala informasi berkaitan dengan persekitaran pembelajaran di MRSM Kubang Pasu dapat disampaikan dengan tepat dan memuaskan hati anda.

Sekian, terima kasih.

 

Mohd Yusoff bin Mat Taha

 

 

Misi-Visi-Matlamat
02 February 2017 03:17 PM
admin

 


VISI
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia 

MISIMenyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi dalam bidang Sains dan Teknologi  

OBJEKTIFMenjadi penyumbang utama kepada pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing di peringkat nasional dan global. 

NILAI TERASSaintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik 

MOTO"Keunggulan Peribadi Kecemerlangan Prestasi

Sejarah Penubuhan
02 February 2017 03:14 PM
admin

Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu atau MRSMKP terletak di utara semenanjung Malaysia adalah antara MRSM yang ditubuhkan hasil daripada RMK 8 dengan kos sebanyak RM38 juta di atas tanah dengan keluasan 44.312 ekar di Jalan Kampung Gelong, Jitra Kedah. Majlis Perletakan Batu Asas MRSM Kubang Pasu telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 25 Jun 2005..

Maktab ini didirikan dikawasan yang tenang dan sesuai untuk iklim pembelajaran kerana terletak berhampiran dengan institusi-intitusi pengajian tinggi seperti Universiti Utara Malaysia, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Institut Latihan dan Perindustrian (ILP) dan beberapa institut pengajian tinggi yang lain di sekitar Jitra, Kedah. Ini sedikit sebanyak memberikan suntikan semangat kepada pelajar untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya berjaya melangkah ke puncak menara gading.

MRSM Kubang Pasu mula beroperasi pada 18 Disember 2006 dan pentadbiran awal diterajui oleh Pengetua, Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik, Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Penolong Pegawai Tadbir Kanan dan 20 orang guru. Sehingga kini MRSM Kubang Pasu mempunyai kekuatan tenaga kerja seramai 75 orang yang terdiri daripada 45 orang guru dan 32 orang kakitangan sokongan. 

MRSM Kubang Pasu mula membuka pintu pendaftaran sulung pada 18 Mac 2007 dan seramai 119 orang pelajar tingkatan 1 dan 247 orang pelajar tingkatan 4 telah mendaftarkan diri dan seterusnya mendukung moto "Keunggulan Peribadi Kecemerlangan Prestasi" yang telah diilhamkan oleh pengetua MRSM Kubang Pasu yang pertama iaitu En. Ahmad Sanusi b. Hashim.

Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 9 ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768 pixels.