Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu terletak kira-kira 25km dari Bandaraya Alor Setar dan 15km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Perjalanan dari Alor Setar mengambil masa kira-kira 20 minit melalui Lebuhraya Utara Selatan. maktab ini didirikan di kawasan yang tenang dan sesuai dengan untuk iklim pembelajaran adalah strategik kerana terletak berhampiran dengan institusi-institusi pengajian tinggi seperti universiti Utara Malaysia, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Institut Latihan dan Perindustrian (ILP) dan beberapa institut pengajian awam dan swasta yang lain di Jitra.