MRSM Kubang Pasu

Keunggulan Peribadi Kecemerlangan Prestasi
Monday, 05:57AM, 23 April 2018
  • Laman Utama
  • Profil
  • |
  • Galeri
  • |
  • Borang
Selamat Datang, Pelawat Log Masuk
  • Laman Utama
  • KUPA
  • Kecemerlangan Akademik
  • Pembangunan Pelajar
  • Pembangunan Bakat
  • Fasiliti
Laman Utama > KUPA
KUPA
  • Perutusan Pengetua
  • Sejarah Penubuhan
  • Pentadbiran
  • Piagam
  • Peta & Pelan


Lokasi Maktab


Kalendar Akademik

Pendaftaran Penjaga

Keputusan Peperiksaan Semester

KUPA


Perutusan Pengetua
19 December 2017 01:08 PM
admin

 
Selamat Datang ke Portal Rasmi Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu. Saya dengan rasa besar hati mengalu-alukan pandangan dan cadangan dari anda dalam memartabatkan program akademik di MRSM Kubang Pasu bagi mencapai kecemerlangan seterusnya menjadi antara MRSM terbaik seluruh negara samada dalam pencapaian akademik mahupun kokurikulum.
Dengan adanya laman web rasmi MRSM Kubang Pasu ini, diharapkan segala informasi berkaitan dengan persekitaran pembelajaran di MRSM Kubang Pasu dapat disampaikan dengan tepat dan memuaskan hati anda.

Sekian, terima kasih.
 
Mohd Yusoff bin Mat Taha
Pengetua
MRSM Kubang Pasu 

Sejarah Penubuhan
22 November 2017 04:29 PM
admin

Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu atau MRSMKP terletak di utara semenanjung Malaysia adalah antara MRSM yang ditubuhkan hasil daripada RMK 8 dengan kos sebanyak RM38 juta di atas tanah dengan keluasan 44.312 ekar di Jalan Kampung Gelong, Jitra Kedah. Majlis Perletakan Batu Asas MRSM Kubang Pasu telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 25 Jun 2005..

Maktab ini didirikan dikawasan yang tenang dan sesuai untuk iklim pembelajaran kerana terletak berhampiran dengan institusi-intitusi pengajian tinggi seperti Universiti Utara Malaysia, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Institut Latihan dan Perindustrian (ILP) dan beberapa institut pengajian tinggi yang lain di sekitar Jitra, Kedah. Ini sedikit sebanyak memberikan suntikan semangat kepada pelajar untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya berjaya melangkah ke puncak menara gading.

MRSM Kubang Pasu mula beroperasi pada 18 Disember 2006 dan pentadbiran awal diterajui oleh Pengetua, Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik, Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Penolong Pegawai Tadbir Kanan dan 20 orang guru. Sehingga kini MRSM Kubang Pasu mempunyai kekuatan tenaga kerja seramai 75 orang yang terdiri daripada 45 orang guru dan 32 orang kakitangan sokongan. 

MRSM Kubang Pasu mula membuka pintu pendaftaran sulung pada 18 Mac 2007 dan seramai 119 orang pelajar tingkatan 1 dan 247 orang pelajar tingkatan 4 telah mendaftarkan diri dan seterusnya mendukung moto "Keunggulan Peribadi Kecemerlangan Prestasi" yang telah diilhamkan oleh pengetua MRSM Kubang Pasu yang pertama iaitu En. Ahmad Sanusi b. Hashim.

Pentadbiran
27 September 2017 12:06 PM
admin

Piagam
22 November 2017 04:38 PM
admin

Kami warga Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memberikan perkhidmatan berkualiti untuk:

** Menyempurnakan segala hasrat dan dasar MARA dalam pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan MRSM dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

** Membentuk pelajar menjadi modal insan yang berguna dan berakhlak mulia selaras dengan moto kami 'Keunggulan Peribadi, Kecemerlangan Prestasi'.

** Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan dan berkualiti berteraskan Model Pengurusan Pendidikan MRSM serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

** Menyediakan persekitaran dan prasarana yang lengkap dan selamat bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

** Memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan maktab.

Peta & Pelan
22 November 2017 04:52 PM
admin

 

Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu terletak kira-kira 25km dari Bandaraya Alor Setar dan 15km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Perjalanan dari Alor Setar mengambil masa kira-kira 20 minit melalui Lebuhraya Utara Selatan. maktab ini didirikan di kawasan yang tenang dan sesuai dengan untuk iklim pembelajaran adalah strategik kerana terletak berhampiran dengan institusi-institusi pengajian tinggi seperti universiti Utara Malaysia, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Institut Latihan dan Perindustrian (ILP) dan beberapa institut pengajian awam dan swasta yang lain di Jitra.

Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 9 ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768 pixels.